Followers

Tuesday, 24 December 2013

Buaian Untuk Isma..part 1

Mencintai dan dicintai, dua perkara yang berbeza. Disebabkan perbezaan itulah yang membuatkan aku mengerti akan sekeping hati milik dia. Perbezaan itulah yang menyedarkan aku tentang makna mencintai dan dicintai.

Pertemuan pertama aku dengan Isma Aqeela bermula apabila aku mendaftarkan diri di  sebuah Pusat Pra-Universiti Puncak Bintang. Lebih kurang macam pelajar tingkatan enam. Waktu itulah kali pertama aku melihatnya. Aku berkira-kira, mungkin dia juga mahu mendaftarkan diri di pusat tersebut. Dia tercari-cari ruang untuk beratur, namun yang tinggal hanya ruang kosong di belakang aku. Dia segera menuju ke arah aku, lalu aku dengan rendah diri berundur setapak ke belakang untuk memberi ruang tempat aku berdiri tadi kepadanya. Dia menghadiahkan senyuman seraya mengucapkan terima kasih kepada aku. Tiba giliran dia untuk mendaftar, aku melihat borang pendaftaran yang tertera aliran Sains Kemanusian. Serupa dengan aku, yang ditawarkan aliran tersebut. Dia memilih subjek Sejarah,Sastera sebagai subjek utama. Kelas 6R2 merupakan kelas yang diberi kepadanya. Kebetulan mungkin, aku mendapat kelas sama dengannya.

Aku tidak menyangka pertemuan itu bertukar menjadi pemula kepada persahabatan kami dan cinta pandang pertama buat aku! Namun aku hanya mendiamkan diri kerana dia hanya menganggap aku sebagai sahabat. Tidak lebih dari itu. Dalam diam aku mula mencintai dia, sekuntum bunga yang mekar mewangi di taman hati. Hari bersilih ganti, dia dan aku semakin mesra. Tali persahabatan yang terbina ini aku jaga sebaik mungkin. Aku kenali personality dia yang ceria, aktif  bersukan, dan seorang yang mudah mesra. Membuatkan  cinta aku padanya semakin bertambah.
-----------------------------------------------------------

“Saya kenalkan Umair Helmy, pelajar baru di kelas kita.”  Cikgu Shita,  merangkap guru kelas kami memperkenalkan pelajar baru tersebut. Aku terkejut bukan kepalang! Mana tidaknya, dia tu sepupu aku. Apa motifnya berpindah ke sini aku tidak pasti… yang pasti aku harus menjauhkan Isma darinya, kerana aku melihat dia sedang memerhatikan Isma sedari tadi! Tak boleh jadi ni! Bahaya  tahap kronik kalau dia syok dekat Isma.
“Uit…Aliff, betul ke Umair tu sepupu awak?.” Isma bertanya ketika kami sedang mengulang kaji subjek sejarah di pondok depan halaman rumah aku.
“Umm..betul la, dia sepupu saya. Kenapa?.” Soal aku semula padanya.

#Inor baru separuh siapkan...doakan Inor siap sebelum bukak sem2....
Yang kompius: Inor

No comments:

Post a Comment