Followers

Tuesday 18 March 2014

Cerpen : Surat daripada Arjuna

Langit mulai mendung apabila Khadeeja dan aku, serta naura menghampiri pondok perhentian bas.  Ku lihat jam di tangan menunjukkan waktu menghampiri empat petang.  Kelibat bas langsung tiada di kawasan itu, yang ada hanyalah kelibat kanak-kanak bermain basikal.  " Wiwi, lambat lagi ke bas nak datang sini?", soal Naura yang mulai gelisah menanti kedatangan bas......

# Inor rasa idea nak menulis datang balik... as usual.. this cerpen is otw...hehehe

Tuesday 31 December 2013

Novel: Lirik Cinta Bab 1

“Mama, mari sini tolong Qaireen. Sofa ni berat sangat.”  Aku memanggil mama
sebaik sahaja terlihat  kelibat mama melintasi ruang tamu rumah.  Sambil itu aku perhatikan ruang tamu yang bakal berlangsung sebuah majlis pertunangan tidak lama lagi.  Cukup semak dan selerak dengan segala macam benda.  Bukan semak apa pun, Cuma semak dengan set sofa dan yang seangkatan denganya.  Aku hairan, mana pergi semua orang dalam rumah ini.  Ruang tamu rumah ni dah la besar! Yang kena mengemas aku sorang diri.  Mana tak angin aku macam ni.  Kalaulah majlis bertunang aku juga buat dekat rumah, tahulah aku nak kerjakan diorang.  Tapi aku nak buat majlis dekat dewan. 

Hoi Qaireen, mengarut apa lagi? Sedarlah diri sikit.  Calon tunang awak dah lari tinggalkan awak.  Cari calon dulu, baru buat majlis bertunang dalam dewan besar lagi meriah! Nanti kena tinggal sorang-sorang lagi, siapa yang malu?
Aku rasa macam ada suara perli aku.  Dan suara tu tak lain tak bukan hati dan minda aku.  Nasib baik ada suara ghaib yang cepat kejutkan aku dari kenangan lama.

“Cepatlah, mama ada banyak kerja lagi.  Nak susun lagi kat atas sana.” Gesaan mama sekali gus mengejutkan aku dari lamunan.  Memanglah banyak kerja, ini kali pertama rumah aku buat majlis pertunangan.  Majlis ini harus kelihatan sempurna kerana Kak Azzalea merupakan anak sulung dalam keluarga kami.  Aku lebih suka panggil keluarga ini sebagai “The Crazy Family” gila-gila pun keluarga aku. “Okey” balas aku sambil mengusung sofa yang berat itu.

 Bertuah sungguh Kak Lea, selepas tamatkan pengajian dalam ijazah kedoktoran di Ireland, Abang Fariz terus masuk meminang kakak aku.  Okeylah  diorang sama-sama doktor dekat Hospital Pakar Seberang Jaya.  Sebab itu habis semua kaum kerabat keluarga aku sibuk menguruskan majlis ini agar tampak sempurna. Tetapi, yang teruk sekali sudah tentu aku!  Ada ke patut, diorang cakap yang aku ni bujang lagi.. tak banyak urusan, boleh la tolong lebih sikit.  Macam tak masuk akal pun ada.

Banyak sangat aku cerita pasal keluarga aku, meh sini aku cerita pasal aku pulak.  Aku? Aku Qaireen Sofia.  Memang tak cantik macam ratu cantik.  Kulit pun sawo matang. Cuma lesung pipit di kedua-dua belah pipi aku yang menambah seri sedikit di wajah aku.  Mama yang kata.  Buat masa sekarang aku penganggur sepenuh masa, sebab aku tak pasti nak kerja dengan abah atau kerja dengan orang lain.  Senang cerita aku duduk rumah perabis beras mama.

 Aku pernah bercinta dengan seorang mamat ni. Adam Amsyar. Sebenarnya dia senior aku kat Kolej dulu.  Enam tahun aku bercinta dengan dia. Tiga tahun bercinta dekat kolej, tiga tahun bercinta jarak jauh sebab dia sambung belajar di London.  Waktu itulah kasih dia diragut orang.  Dugaan bercinta jarak jauh mungkin.  Selepas dia tamat belajar, dia ada datang jumpa aku.  Aku ingat dia nak meminang aku, rupa-rupanya dia nak putuskan hubungan kami.  Aku harap dia bahagia dengan pilihan hati dia. Kini sudah dua tahun sejak perpisahan kami.  Sedih tu sedih jugak..tapi bak kata orang putih  life goes on. Bak kata orang melayu, Bunga bukan sekuntum, Kumbang bukan seekor.

“Mama, nak letak mana benda alah ni?” soal aku sambil mengusung meja kecil.
“Umm… letak je dekat tepi sofa tadi.” Arah mama sebaik sahaja aku sampai di tepi sofa. “Ma, penatlah. Nak rehat kejap boleh tak?” dengan selamba aku menghempas punggung aku di sofa tadi.  Mama hanya membalas dengan sebaris senyuman. Aku melihat kembali ruang tamu rumah.  Sudah nampak  lapang sikit.  Tengok  siapa yang kemaslah. Macam masuk mangkuk senduk sendiri je ayat tu.

Tempoh seminggu yang tinggal benar-benar membuat aku kepenatan.  Nasib baik kaum kerabat aku banyak, bolehlah nak bernafas seketika.  Deruan enjin motorsikal menyedarkan aku. Aku kenal dengan deruan tersebut. Deruan enjin motorsikal Honda bulat milik abah. Sudah dua puluh  lima tahun aku mendengar deruan enjin tersebut. Barang pusaka pemberian Tok ayah. Ayah kepada abah aku.  Sayang sungguh abah dengan motor yang aku kira boleh dipanggil barang antik.  Abah menjengahkan kepalanya  di ruang tamu. Sekuntum senyuman ditujukan khas buat aku.

“Bagus anak abah ni.  Kuat betul dia kemas sorang diri.” Puji abah.  Apa lagi, aku pun senyum sampai ke telinga.
“Yelah tu dia kemas sorang diri. Kita yang disuruhnya mengemas.” Muncul mama sambil menatang dulang berisi kek buah dan air teh o panas.
“Mana ada!. Dah sofa tu berat, Sofia panggil la mama nak angkat sofa tu.” Aku membela diri sendiri.
“Abahnya, si Qaireen Sofia ni mana pernah tak tolong saya mengemas. Disuruh kerja tak nak. Dah tu kena tolong sayalah.” Balas mama sambil menyuap sepotong kek buah ke dalam mulut. Abah hanya ketawa kecil mendengar bicara mama.

Seusai kami makan malam, aku melangkah keluar menuju buaian besi di taman bunga mama.  Malam itu angin sepoi-sepoi bahasa. Aku mendongak ke langit, bintang bertaburan dengan banyaknya. Terasa seperti ada mata yang memandang aku. Aku segera beralih ke sisi. Kak Lea sedang merenung aku dengan penuh minat.
“Asal ni?..Macam tak pernah tengok orang tengok bintang je.” Soal aku apabila Kak Lea masih memandang wajah aku.
“Saja. Nak tengok muka orang yang penat tolong kakak dia mengemas rumah.” Kak Lea membalas seraya tersenyum simpul.
“Takde maknanya.” Aku menjawab sambil ketawa kecil.

Aku lihat terlukis wajah kegembiraan di wajah kakak aku. Dia benar-benar gembira dengan pertunangan ini. Aku tahu abang Fariz seorang lelaki yang budiman. Dia selalu tersenyum. Untung kak Lea bertemu dengan dia.  Semoga ikatan kasih antara mereka berkekalan hingga ke syurga.

Aku mengajak kak Lea masuk tidur, kerana badan aku sangat kepenatan dan mata aku pinta untuk direhatkan.  Beberapa hari yang akan datang pastinya sangat sibuk sekali. Maka aku pun harus menikmati hari itu dengan penuh semangat.


Novel: Lirik Cinta, Prolog.......

                                “Pernahkah kau merasa
                                Jarak antara kita
                               Kini semakin terasa
                               Setelah kau kenal dia”


Terkebil-kebil mata aku melihat Adam. Dia hadir membawa khabar berita yang akan memusnahkan dunia aku! Sungguh aku tak sangka dia akan beralih hati begitu cepat. Apa kurangnya aku dibanding dengan si dia yang merampas Adam dari aku? Aku lihat wajah Adam seperti baru terlepas dikenakan hukuman mati. Sedangkan aku rasa macam langit nak runtuh.

                             “Aku tiada percaya
                             Tegarnya kau putuskan
                             Indahnya cinta kita
                            Yang tak ingin ku akhiri
                             Kau pergi tinggalkanku”
                     
“Awak…. Kita tak boleh go on this relays anymore.” Suara Adam seperti bergema di Café house.
“Why?.. apa kurangnya saya di mata awak?..apa lebihnya dia di mata awak?” terasa sebak mula bertandang.
“Saya cintakan dia…maaf kalau awak terluka.” Maaf? Dia ingat senang macam tu je? Aku ni apa? Anak patung di mata dia?...Entah kenapa aku rasa sedih sangat.. mungkin dia lelaki pertama yang hadir dalam hati….
“Habis tu awak janji dengan saya yang awak nak bertunang dengan saya…awak janji nak bahagiakan saya..awak janji nak jadi ayah kepada bakal anak-anak kita.” Enam tahun dia menabur janji untuk hidup bersama aku…tapi…nampak gayanya..janji tinggal janji…

                             “Tak pernahkah kau sadari
                             Akulah yang kau sakiti
                             Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari”

I hope you understand me… and I hope you’ll meet your Mr.Right.” Adam mengakhiri perbualan kami di café house. Semudah itu dia tinggalkan aku….Wake up Qaireen! Wake up!.....banyak lagi lelaki kat luar sana yang nak kau!....Aku pon boleh bahagia tanpa dia….


                          “ Oh Tuhan tolonglah aku
                           Hapuskan rasa cintaku
                           Akupun ingin bahagia
                           Walau tak bersama dia”
Seperti yang aku jangkaan aku, dia akan berubah jua. Terasa seperti hidup dalam lirik lagu pula… sang kekasih hati beralih arah…kita masih menanti dia, dan kesudahannya…tiada siapa yang tahu…. Biar aku kumpul lirik lagu yang kisahnya sama dengan perjalan hidup aku….sebab bila aku jumpa si dia.. aku akan serahkan himpunan lirik ini sebagai tanda kisah kami.

# Inor otw nak siapkan manuskrip terbaru...tapi prolog dulu sbagai permulaan..harap korang sudi baca dan tinggalkan komen yee..

Yang Kompius: Inor

Tuesday 24 December 2013

Buaian Untuk Isma..part 1

Mencintai dan dicintai, dua perkara yang berbeza. Disebabkan perbezaan itulah yang membuatkan aku mengerti akan sekeping hati milik dia. Perbezaan itulah yang menyedarkan aku tentang makna mencintai dan dicintai.

Pertemuan pertama aku dengan Isma Aqeela bermula apabila aku mendaftarkan diri di  sebuah Pusat Pra-Universiti Puncak Bintang. Lebih kurang macam pelajar tingkatan enam. Waktu itulah kali pertama aku melihatnya. Aku berkira-kira, mungkin dia juga mahu mendaftarkan diri di pusat tersebut. Dia tercari-cari ruang untuk beratur, namun yang tinggal hanya ruang kosong di belakang aku. Dia segera menuju ke arah aku, lalu aku dengan rendah diri berundur setapak ke belakang untuk memberi ruang tempat aku berdiri tadi kepadanya. Dia menghadiahkan senyuman seraya mengucapkan terima kasih kepada aku. Tiba giliran dia untuk mendaftar, aku melihat borang pendaftaran yang tertera aliran Sains Kemanusian. Serupa dengan aku, yang ditawarkan aliran tersebut. Dia memilih subjek Sejarah,Sastera sebagai subjek utama. Kelas 6R2 merupakan kelas yang diberi kepadanya. Kebetulan mungkin, aku mendapat kelas sama dengannya.

Aku tidak menyangka pertemuan itu bertukar menjadi pemula kepada persahabatan kami dan cinta pandang pertama buat aku! Namun aku hanya mendiamkan diri kerana dia hanya menganggap aku sebagai sahabat. Tidak lebih dari itu. Dalam diam aku mula mencintai dia, sekuntum bunga yang mekar mewangi di taman hati. Hari bersilih ganti, dia dan aku semakin mesra. Tali persahabatan yang terbina ini aku jaga sebaik mungkin. Aku kenali personality dia yang ceria, aktif  bersukan, dan seorang yang mudah mesra. Membuatkan  cinta aku padanya semakin bertambah.
-----------------------------------------------------------

“Saya kenalkan Umair Helmy, pelajar baru di kelas kita.”  Cikgu Shita,  merangkap guru kelas kami memperkenalkan pelajar baru tersebut. Aku terkejut bukan kepalang! Mana tidaknya, dia tu sepupu aku. Apa motifnya berpindah ke sini aku tidak pasti… yang pasti aku harus menjauhkan Isma darinya, kerana aku melihat dia sedang memerhatikan Isma sedari tadi! Tak boleh jadi ni! Bahaya  tahap kronik kalau dia syok dekat Isma.
“Uit…Aliff, betul ke Umair tu sepupu awak?.” Isma bertanya ketika kami sedang mengulang kaji subjek sejarah di pondok depan halaman rumah aku.
“Umm..betul la, dia sepupu saya. Kenapa?.” Soal aku semula padanya.

#Inor baru separuh siapkan...doakan Inor siap sebelum bukak sem2....
Yang kompius: Inor

siap barang untuk sem 2 pra universiti.....

Entah kenapa hati ni tak de mood nak masuk sem 2.........
mungkin Inor akan jumpa balik classmate yg menyakitkan hati....
ohh i wish i could change the class...:(

Yang Moody: Inor

Monday 23 December 2013

Buaiyan untuk Isma......* dah 50% siap cerpen terbaru..hihihi)

"Kau tak nampak aku ke?
6 tahun aku tunggu kau...."

"Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya...."

‪#‎Yang‬ pasti aku tak mahu lupakan cinta

Cerpen Inor kali nie ada kelainan sikit..selalu heroin yg memendam rasa..sekarang hero plak...hihihi