Followers

Tuesday, 31 December 2013

Novel: Lirik Cinta Bab 1

“Mama, mari sini tolong Qaireen. Sofa ni berat sangat.”  Aku memanggil mama
sebaik sahaja terlihat  kelibat mama melintasi ruang tamu rumah.  Sambil itu aku perhatikan ruang tamu yang bakal berlangsung sebuah majlis pertunangan tidak lama lagi.  Cukup semak dan selerak dengan segala macam benda.  Bukan semak apa pun, Cuma semak dengan set sofa dan yang seangkatan denganya.  Aku hairan, mana pergi semua orang dalam rumah ini.  Ruang tamu rumah ni dah la besar! Yang kena mengemas aku sorang diri.  Mana tak angin aku macam ni.  Kalaulah majlis bertunang aku juga buat dekat rumah, tahulah aku nak kerjakan diorang.  Tapi aku nak buat majlis dekat dewan. 

Hoi Qaireen, mengarut apa lagi? Sedarlah diri sikit.  Calon tunang awak dah lari tinggalkan awak.  Cari calon dulu, baru buat majlis bertunang dalam dewan besar lagi meriah! Nanti kena tinggal sorang-sorang lagi, siapa yang malu?
Aku rasa macam ada suara perli aku.  Dan suara tu tak lain tak bukan hati dan minda aku.  Nasib baik ada suara ghaib yang cepat kejutkan aku dari kenangan lama.

“Cepatlah, mama ada banyak kerja lagi.  Nak susun lagi kat atas sana.” Gesaan mama sekali gus mengejutkan aku dari lamunan.  Memanglah banyak kerja, ini kali pertama rumah aku buat majlis pertunangan.  Majlis ini harus kelihatan sempurna kerana Kak Azzalea merupakan anak sulung dalam keluarga kami.  Aku lebih suka panggil keluarga ini sebagai “The Crazy Family” gila-gila pun keluarga aku. “Okey” balas aku sambil mengusung sofa yang berat itu.

 Bertuah sungguh Kak Lea, selepas tamatkan pengajian dalam ijazah kedoktoran di Ireland, Abang Fariz terus masuk meminang kakak aku.  Okeylah  diorang sama-sama doktor dekat Hospital Pakar Seberang Jaya.  Sebab itu habis semua kaum kerabat keluarga aku sibuk menguruskan majlis ini agar tampak sempurna. Tetapi, yang teruk sekali sudah tentu aku!  Ada ke patut, diorang cakap yang aku ni bujang lagi.. tak banyak urusan, boleh la tolong lebih sikit.  Macam tak masuk akal pun ada.

Banyak sangat aku cerita pasal keluarga aku, meh sini aku cerita pasal aku pulak.  Aku? Aku Qaireen Sofia.  Memang tak cantik macam ratu cantik.  Kulit pun sawo matang. Cuma lesung pipit di kedua-dua belah pipi aku yang menambah seri sedikit di wajah aku.  Mama yang kata.  Buat masa sekarang aku penganggur sepenuh masa, sebab aku tak pasti nak kerja dengan abah atau kerja dengan orang lain.  Senang cerita aku duduk rumah perabis beras mama.

 Aku pernah bercinta dengan seorang mamat ni. Adam Amsyar. Sebenarnya dia senior aku kat Kolej dulu.  Enam tahun aku bercinta dengan dia. Tiga tahun bercinta dekat kolej, tiga tahun bercinta jarak jauh sebab dia sambung belajar di London.  Waktu itulah kasih dia diragut orang.  Dugaan bercinta jarak jauh mungkin.  Selepas dia tamat belajar, dia ada datang jumpa aku.  Aku ingat dia nak meminang aku, rupa-rupanya dia nak putuskan hubungan kami.  Aku harap dia bahagia dengan pilihan hati dia. Kini sudah dua tahun sejak perpisahan kami.  Sedih tu sedih jugak..tapi bak kata orang putih  life goes on. Bak kata orang melayu, Bunga bukan sekuntum, Kumbang bukan seekor.

“Mama, nak letak mana benda alah ni?” soal aku sambil mengusung meja kecil.
“Umm… letak je dekat tepi sofa tadi.” Arah mama sebaik sahaja aku sampai di tepi sofa. “Ma, penatlah. Nak rehat kejap boleh tak?” dengan selamba aku menghempas punggung aku di sofa tadi.  Mama hanya membalas dengan sebaris senyuman. Aku melihat kembali ruang tamu rumah.  Sudah nampak  lapang sikit.  Tengok  siapa yang kemaslah. Macam masuk mangkuk senduk sendiri je ayat tu.

Tempoh seminggu yang tinggal benar-benar membuat aku kepenatan.  Nasib baik kaum kerabat aku banyak, bolehlah nak bernafas seketika.  Deruan enjin motorsikal menyedarkan aku. Aku kenal dengan deruan tersebut. Deruan enjin motorsikal Honda bulat milik abah. Sudah dua puluh  lima tahun aku mendengar deruan enjin tersebut. Barang pusaka pemberian Tok ayah. Ayah kepada abah aku.  Sayang sungguh abah dengan motor yang aku kira boleh dipanggil barang antik.  Abah menjengahkan kepalanya  di ruang tamu. Sekuntum senyuman ditujukan khas buat aku.

“Bagus anak abah ni.  Kuat betul dia kemas sorang diri.” Puji abah.  Apa lagi, aku pun senyum sampai ke telinga.
“Yelah tu dia kemas sorang diri. Kita yang disuruhnya mengemas.” Muncul mama sambil menatang dulang berisi kek buah dan air teh o panas.
“Mana ada!. Dah sofa tu berat, Sofia panggil la mama nak angkat sofa tu.” Aku membela diri sendiri.
“Abahnya, si Qaireen Sofia ni mana pernah tak tolong saya mengemas. Disuruh kerja tak nak. Dah tu kena tolong sayalah.” Balas mama sambil menyuap sepotong kek buah ke dalam mulut. Abah hanya ketawa kecil mendengar bicara mama.

Seusai kami makan malam, aku melangkah keluar menuju buaian besi di taman bunga mama.  Malam itu angin sepoi-sepoi bahasa. Aku mendongak ke langit, bintang bertaburan dengan banyaknya. Terasa seperti ada mata yang memandang aku. Aku segera beralih ke sisi. Kak Lea sedang merenung aku dengan penuh minat.
“Asal ni?..Macam tak pernah tengok orang tengok bintang je.” Soal aku apabila Kak Lea masih memandang wajah aku.
“Saja. Nak tengok muka orang yang penat tolong kakak dia mengemas rumah.” Kak Lea membalas seraya tersenyum simpul.
“Takde maknanya.” Aku menjawab sambil ketawa kecil.

Aku lihat terlukis wajah kegembiraan di wajah kakak aku. Dia benar-benar gembira dengan pertunangan ini. Aku tahu abang Fariz seorang lelaki yang budiman. Dia selalu tersenyum. Untung kak Lea bertemu dengan dia.  Semoga ikatan kasih antara mereka berkekalan hingga ke syurga.

Aku mengajak kak Lea masuk tidur, kerana badan aku sangat kepenatan dan mata aku pinta untuk direhatkan.  Beberapa hari yang akan datang pastinya sangat sibuk sekali. Maka aku pun harus menikmati hari itu dengan penuh semangat.


Novel: Lirik Cinta, Prolog.......

                                “Pernahkah kau merasa
                                Jarak antara kita
                               Kini semakin terasa
                               Setelah kau kenal dia”


Terkebil-kebil mata aku melihat Adam. Dia hadir membawa khabar berita yang akan memusnahkan dunia aku! Sungguh aku tak sangka dia akan beralih hati begitu cepat. Apa kurangnya aku dibanding dengan si dia yang merampas Adam dari aku? Aku lihat wajah Adam seperti baru terlepas dikenakan hukuman mati. Sedangkan aku rasa macam langit nak runtuh.

                             “Aku tiada percaya
                             Tegarnya kau putuskan
                             Indahnya cinta kita
                            Yang tak ingin ku akhiri
                             Kau pergi tinggalkanku”
                     
“Awak…. Kita tak boleh go on this relays anymore.” Suara Adam seperti bergema di Café house.
“Why?.. apa kurangnya saya di mata awak?..apa lebihnya dia di mata awak?” terasa sebak mula bertandang.
“Saya cintakan dia…maaf kalau awak terluka.” Maaf? Dia ingat senang macam tu je? Aku ni apa? Anak patung di mata dia?...Entah kenapa aku rasa sedih sangat.. mungkin dia lelaki pertama yang hadir dalam hati….
“Habis tu awak janji dengan saya yang awak nak bertunang dengan saya…awak janji nak bahagiakan saya..awak janji nak jadi ayah kepada bakal anak-anak kita.” Enam tahun dia menabur janji untuk hidup bersama aku…tapi…nampak gayanya..janji tinggal janji…

                             “Tak pernahkah kau sadari
                             Akulah yang kau sakiti
                             Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari”

I hope you understand me… and I hope you’ll meet your Mr.Right.” Adam mengakhiri perbualan kami di café house. Semudah itu dia tinggalkan aku….Wake up Qaireen! Wake up!.....banyak lagi lelaki kat luar sana yang nak kau!....Aku pon boleh bahagia tanpa dia….


                          “ Oh Tuhan tolonglah aku
                           Hapuskan rasa cintaku
                           Akupun ingin bahagia
                           Walau tak bersama dia”
Seperti yang aku jangkaan aku, dia akan berubah jua. Terasa seperti hidup dalam lirik lagu pula… sang kekasih hati beralih arah…kita masih menanti dia, dan kesudahannya…tiada siapa yang tahu…. Biar aku kumpul lirik lagu yang kisahnya sama dengan perjalan hidup aku….sebab bila aku jumpa si dia.. aku akan serahkan himpunan lirik ini sebagai tanda kisah kami.

# Inor otw nak siapkan manuskrip terbaru...tapi prolog dulu sbagai permulaan..harap korang sudi baca dan tinggalkan komen yee..

Yang Kompius: Inor

Tuesday, 24 December 2013

Buaian Untuk Isma..part 1

Mencintai dan dicintai, dua perkara yang berbeza. Disebabkan perbezaan itulah yang membuatkan aku mengerti akan sekeping hati milik dia. Perbezaan itulah yang menyedarkan aku tentang makna mencintai dan dicintai.

Pertemuan pertama aku dengan Isma Aqeela bermula apabila aku mendaftarkan diri di  sebuah Pusat Pra-Universiti Puncak Bintang. Lebih kurang macam pelajar tingkatan enam. Waktu itulah kali pertama aku melihatnya. Aku berkira-kira, mungkin dia juga mahu mendaftarkan diri di pusat tersebut. Dia tercari-cari ruang untuk beratur, namun yang tinggal hanya ruang kosong di belakang aku. Dia segera menuju ke arah aku, lalu aku dengan rendah diri berundur setapak ke belakang untuk memberi ruang tempat aku berdiri tadi kepadanya. Dia menghadiahkan senyuman seraya mengucapkan terima kasih kepada aku. Tiba giliran dia untuk mendaftar, aku melihat borang pendaftaran yang tertera aliran Sains Kemanusian. Serupa dengan aku, yang ditawarkan aliran tersebut. Dia memilih subjek Sejarah,Sastera sebagai subjek utama. Kelas 6R2 merupakan kelas yang diberi kepadanya. Kebetulan mungkin, aku mendapat kelas sama dengannya.

Aku tidak menyangka pertemuan itu bertukar menjadi pemula kepada persahabatan kami dan cinta pandang pertama buat aku! Namun aku hanya mendiamkan diri kerana dia hanya menganggap aku sebagai sahabat. Tidak lebih dari itu. Dalam diam aku mula mencintai dia, sekuntum bunga yang mekar mewangi di taman hati. Hari bersilih ganti, dia dan aku semakin mesra. Tali persahabatan yang terbina ini aku jaga sebaik mungkin. Aku kenali personality dia yang ceria, aktif  bersukan, dan seorang yang mudah mesra. Membuatkan  cinta aku padanya semakin bertambah.
-----------------------------------------------------------

“Saya kenalkan Umair Helmy, pelajar baru di kelas kita.”  Cikgu Shita,  merangkap guru kelas kami memperkenalkan pelajar baru tersebut. Aku terkejut bukan kepalang! Mana tidaknya, dia tu sepupu aku. Apa motifnya berpindah ke sini aku tidak pasti… yang pasti aku harus menjauhkan Isma darinya, kerana aku melihat dia sedang memerhatikan Isma sedari tadi! Tak boleh jadi ni! Bahaya  tahap kronik kalau dia syok dekat Isma.
“Uit…Aliff, betul ke Umair tu sepupu awak?.” Isma bertanya ketika kami sedang mengulang kaji subjek sejarah di pondok depan halaman rumah aku.
“Umm..betul la, dia sepupu saya. Kenapa?.” Soal aku semula padanya.

#Inor baru separuh siapkan...doakan Inor siap sebelum bukak sem2....
Yang kompius: Inor

siap barang untuk sem 2 pra universiti.....

Entah kenapa hati ni tak de mood nak masuk sem 2.........
mungkin Inor akan jumpa balik classmate yg menyakitkan hati....
ohh i wish i could change the class...:(

Yang Moody: Inor

Monday, 23 December 2013

Buaiyan untuk Isma......* dah 50% siap cerpen terbaru..hihihi)

"Kau tak nampak aku ke?
6 tahun aku tunggu kau...."

"Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya...."

‪#‎Yang‬ pasti aku tak mahu lupakan cinta

Cerpen Inor kali nie ada kelainan sikit..selalu heroin yg memendam rasa..sekarang hero plak...hihihi

Friday, 20 December 2013

Tengah pikir idea baru untuk cerpen baru...

"Sebuku roti untuk Abah"

Insya Allah...cerpen kedua akan menyusul tak lama lagi.....
Inor tulis cerpen nie sebab mewakili kawan Inor yang kurang upaya yang sayang abah dia....

Yang Kompius nak cari idea: Inor

dah trlambat

rugi ke tolak tawaran uitm?.. last2 minute baru panggil...-_-

Thursday, 19 December 2013

Cerpen: Yes! I'm a Bad Girl.....

Dia jahat! Sudah acap kali telinga aku mendengar tuduhan yang sudah sebati dari kecil lagi. Nor Khalijah Bt Ahmad Badrul a.k.a Bad Girl! Gelaran yang aku dapat semasa aku menuntut di darjah lima. Gara-gara aku bertumbuk dengan Syed Nazmi, anak Tokey kedai runcit. Bangga wey! Dapat tumbuk muka budak kerek tu! heheheh… Ayah dia panggil aku Bad girl lepas peristiwa itu. Tapi waktu tu aku tak sure apa maksud bad girl. Merujuk kepada budak jahat atau budak Badrul, merujuk nama abah aku. Kuikuikui….. Dua minggu lepas tu, dia tukar sekolah ke Kedah. Sampai sekarang aku tak tahu apa jadi dengan dia…

 Bagi Nek Som ibu kepada abah aku, aku hanya sedikit nakal lantaran dibesarkan dalam suasana dikelilingi sepupu lelaki yang ramai. Kenakalan aku semakin menjadi-jadi bila aku memasuki usia remaja. Menjadi tradisi keluarga aku bila mendapat cucu perempuan, kami harus dibesarkan di kampung Nek Som. Segala macam cara dilakukan Nek Som dalam menjaga semua cucu perempuanya mengikut adat Melayu dan ajaran agama Islam. Tapi entah silap di mana cucunya yang seorang ini tak menjadi seperti yang diharap….Hmmm…

Sesi persekolahan akan tamat beberapa hari lagi. Cuti akhir tahun kali ini tidak semeriah seperti cuti tiga tahun yang lepas. Masih terngiang-ngiang lagi di mata aku peristiwa yang menyebabkan aku dihantar belajar ke Kuala Lumpur. Aku bergaduh sakan dengan Nini, cucu Tok Penghulu gara-gara, dikatakan aku dihantar ke kampung kerana aku dibenci oleh ibu bapa sendiri…


Sejak dari hari tu, abah hanya bagi aku balik kampung bila hari raya puasa saja. Rindu Nenek? Jangan Tanya la! Huhuhuhu. Aku rindu giler dengan nenek. Nasib baik rumah nenek ada telefon, boleh la aku call nenek. Lagi teruk aku dimasukan ke asrama sekolah. Waktu tu aku terfikir maybe apa yang Nini cakap tu betul. Mungkin abah malu dengan perangai aku yang nakal ni…huhuhuh. Nasib baik aku dapat kawan yang baik.. Anna Hilman. Dia roommate aku kat asrama. Perangai sengal-sengal ubi dia je la yang jadi pengubat duka aku…

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Lijah, kau buat apa tu?”
“Humm..tengah update status dekat facebook.”
Terbeliak biji mata Anna bila aku cakap macam tu. Dia segera mengesot menghampiri aku. “Baguih betol. Kau tak buat homeworks ke?” Tanya Anna sambil membelek buka latihan sejarah aku. Aku dah agak dah.. dia mesti tanya soalan tu. Aku tak minat Sejarah, tapi abah suruh aku ambil subjek tu.
“Sudah. Tadi aku dah buat kat kelas” akhirnya aku membalas soalan Anna.
“Ohh…Kau nie sejak dua menjak nie suka sangat update status macam nak gaduh dengan orang kan?. Wah…dah la kat dunia nyata kau jadi bad girl, kat fb pon kau nak jadi bad girl jugak?” tanya Anna lagi bila aku sibuk menaip di Laptop Acer warna ungu muda hadiah daripada abah sempena hari lahir aku. “Humm..memey pon..hahahahah!” aku ketawa kecil sambil mengomen di status kawan facebook  aku. Anna menjelirkan lidahnya kepada aku.

Seusia aku daftar keluar dari Facebook, Anna sudah tersengguk-sengguk di sebelah aku. Hmm, untung la jadi orang senang tidur. Letak je kepala terus tidur.
“Anna, bangun la. Jom masuk tidur. Dah rupa macam orang tengah mabuk dah kau nie, terhuyung hayang ke sana sini.” Aku cuba kejutkan Anna untuk masuk tidur. Mujur Anna senang terjaga, lalu aku mengajak dia untuk menunaikan solat Isyak.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Apa? Budak baru tu nama Syed Nazmi?” bagai nak luruh jantung Khalijah bila menyebut nama tersebut. Terkejut bukan kepalang apabila abah mengumumkan khabar bahawa Syed Nazmi akan bertugas di A.BAD Corporation.

Ada lontaran-lontaran kenangan nakal yang mengetuk kotak ingatannya. Hilang terus seleranya untuk menikmati asam pedas ikan tonggkol kesukaanya gara-gara khabar berita yang baru disampaikan tadi.
“Ibu, Lijah nak masuk tidur….Lijah rasa macam tak sihat je..ibu makan la..” Aku cuba mengawal nada suara yang mulai sebak. Ibu hanya memandang hairan, abah pula tersenyum simpul.

Cahaya dari lampu meja study tepat menyula matanya. Dia terpana.
“Apa nie..main suluh mata-mata orang! Laser tu bahaya..apa yang tak reti sangat!!”
“Alah..laser mainan je pon..tak yah la kecoh-kecoh. Hahahahah”
“Geramnya aku!..jangan sampai aku tumbuk muka kau”
“Tumbuk la kalau berani werkkkk!”
“Nak hambik kau..dushhhhhh!” Satu tumbukan hinggap di muka Syed Nazmi. Berdarah mulutnya.
 “Khalijah apa yang kamu buat ni? Kamu tumbuk muka orang? Apa nak jadi dengan kamu ni?
kamu nak jadi kaki pukul ye?”
  “Tapi…..tapi dia yang cari pasal dengan saya, cikgu. Dia…”
“Dah pandai melawan pula sekarang.”
Zap! Rotan itu mencalar telapak tangan yang lembut.
“Kamu ni Bad Girl betul! Uncle tak sangka kamu macam ni!”

Dingin malam berkitar, hingga  tiba-tiba kenangan silam berputar. Khalijah memadamkan lampu. Dia tahu, semua itu tidak akan mampu memadamkan kerlipan memori yang melekap di dinding hati. Peristiwa dia dirotan  kerana menumbuk muka Syed Nazmi masih segar lagi.
Jangan harap la kau boleh senang kat ofis tu.

Pertama kali mata mereka bertembung, Khalijah merasakan seperti ada bunyi sorot ejekan di celah mata Syed Nazmi. Mereka dipertemukan di bilik abahnya -
Dato’Ahmad Badrul. Syed Nazmi tersenyum. Hati Khalijah berbara, agak panas. Entah, dirinya rasa tersindir.
“Uncle perkenalkan… Nor Khalijah a.k.a anak Uncle, Naib CEO di A.BAD Corporation.
  Khalijah hanya mengangguk ringkas. Dia hairan kenapa abah bahasakan dirinya “Uncle” sedangkan Syed nazmi hanya pekerja biasa.
“Maafkan saya Uncle. Dia classmates saya dulu. Memang saya kenal dengar Nor.” Sekilas, Syed Nazmi menjeling Khalijah sambil tersenyum…

---------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa aku nak buat dengan dia nie…sebab dia la…dia…aku kena rotan dengan cikgu!
tapi dia boleh tahan sekarang…tak macam dulu dah…hehehehehe…
Lijah..wake up! Jangan biarkan wajah dia ganggu kau….hutang darah dibayar darah!..Eh..hutang rotan dibayar rotan.! Hahahahahah….kau tunggu la…Kau kata aku Bad Girl ye…hah..nanti la..aku gasak kau cukup-cukup!

Misi pertama – pancitkan tayar kereta dia.
Jam menandakan pukul enam petang, waktu yang sesuai untuk khalijah menjalankan misi pertamanya. Dia sengaja melalui lorang laluan ke bilik Syed Nazmi untuk pastikan dia masih belum pulang. Ternyata Syed Nazmi masih tekun menyiapkan kerja. “Eleh!..nak bodek abah aku la tu..aku tak terharu pon..hahahahah.” Khalijah segera menuju ke lot parking yang menempatkan kereta mamat kerek tu
.
“Kihihkih..buruknya kereta dia…hahahahah.” Khalijah ketawa sambil menekan perutnya yang sakit dek terlalu banyak ketawa. “Muka kemain kacak..tapi..kereta kancil je?” Heheheheh…..Kancil pon kancil la…janji kereta. Dia segera menabur beberapa batang paku di bawah tayar kereta tersebut…dengan harapan tayar tersebut akan pancit kemudian dia akan berpura-pura menawarkan bantuan. Lalu dia bergerak ke keretanya untuk melihat misinya berjaya atau sebaliknya. Seketika kemudian, kelibat Syed nazmi muncul di tepi kereta kancilnya. Tanpa mengesyaki apa-apa..dia segera menghidupkan enjin lalu perlahan-lahan mengundur ke belakang. Pommmm! Bunyi tayar meletup. Khalijah yang menyaksikan kejadian itu ketawa berdekah-dekah. Syed Nazmi sempat mengurut dada.

---------------------------------------------------------------------------------------------------
 "Nor...awak dah melampau....". Syed Nazmi berbisik di telinga Nor khalijah...
"Oh really?....bangganya!...hahahahahah....esok nak buat lagi!". Balas Nor Khalijah sambil menjelingkan matanya yang bulat itu...
“By the way,…awak tahu mana saya yang buat benda ni?” soal Khalijah sambil tersenyum.Hehehehe
“Saya tahu awak yang buat..awak nak balas dendam dekat saya” Sayu suara Syed Nazmi menjawab pertanyaan Khalijah…

“Yup!..heheheheh..kereta pancit ye bang?” Balas Khalijah dengan nada mengejek. Puas hati aku!. Hehehehe…amik kau…tu baru bad girl!...Hummm..misi pertama siap.
Tapi kenapa aku rasa bersalah sangat. Takkan aku syok kat dia kot? Hummm…ni kalau abah tahu..kompom aku kena basuh cukup-cukup. Huhuhu…

Seperti yang aku jangka. Abah marah benar dekat aku! Dia siap brainwash aku dari pagi hingga ke malam…
Nak dijadikan cerita, aku kena uruskan projek baru dengan Syed Nazmi. Mula-mula aku tolak tapi bila abah cakap yang projek tu adalah hukuman untuk aku kerana bagi pancit tayar kereta mamat keret tu!..Geram betul aku dengan dia nih.!

------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Apa? Abah nak Lijah bertunang dengan Nazmi?.” Aku terkedu bila abah kasi tahu yang Nazmi nak bertunang dngan aku. Dah gila agaknya dia ni.
“Yup! Dia akan hantar rombongan meminang hujung tahun ni. Lijah Cakap dengan nenek sama, sebab majlis tu akan diadakan di rumah nenek.” Bicara abah mengakhiri perbualan di telefon.

Bala apakah ini? Peristiwa tayar tiga bulan lepas merupakan detik paling manis buat aku..walau aku mula sukakan dia..tapi bertunang dengan dia, buat aku tak keruan! Aku malu sebenarnya..sebab buat perangai depan dia.Hehehe…
 Tapi aku tak bertepuk sebelah tangan..Nazmi pon sukakan aku..lepas aku tumbuk muka dia dulu..dia dah mula sukakan aku!..peliknyer!
Tapi sampai bertunang bagai ni yang tak best nih…dia still musuh aku…


Ibu gembira sangat bila majlis pertunangan tu berjalan dengan lancar. Tapi aku? Hanya tuhan yang tahu apa yang aku rasa. Aku tak pasti bila aku mula jatuh hati kat mamat nih…tapi yang penting..aku dah sayang dia separuh nyawa! Cewah!....kemain ayat!

Nenek pon tak sangka yang Syed Nazmi akan meminang aku! Dia cakap cuti kali sangat bermakna bagi dia…terharu aku. Macam-macam nenek pesan dekat aku, siap bagi tips nak jadi isteri yang baik depan suami…hehehehe.
Petua orang lama kot! Kompom bagus ni. Tinggal lagi beberapa bulan je untuk aku bergelar isteri orang. Sungguh aku tak percaya! Syed Nazmi kini jauh berbeza dengan yang dulu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Lijah kau kena datang tau! Kami dah plan nak buat majlis reunion untuk kelas kita masa form 5 dulu.” Bicara Anna dalam telefon.
“Ok! Tapi kena bawak teman ke?” aku bertanya soalan yang aku sendiri tahu jawapannya.
“Eh mesti la! Bawak je suami kau tu. Boleh kami kenal.” Jawab Anna mengakhiri perbualan.

“Abang, Anna ajak kita pegi majlis reunion sekolah menengah. Abang nak ikut tak?.” Tanya aku sambil menghirup jus oren dari kotak minuman.
“Humm, boleh jugak tapi lepas tu kita pegi majlis pernikahan kawan lama kita waktu sekolah rendah nak?.” Balas Syed Nazmi sambil melipat surat khabar yang sudah dibaca. Aku kehairanan. Siapa pulak?.... “Sapa bang?”
“Nini cucu tok penghulu.” Balas abang Nazmi. “Nini?..sebab dia la Lijah kena belajar kat KL.” Aku bercakap dalam nada geram. “Eh salah sendiri nak tuduh orang lain pulak.” Bidas Nazmi sambil tersenyum.

Majlis reunion berlangsung dengan meriah sekali! Abang Nazmi menjadi tumpuan di majlis itu. Ramai sahabat yang mengucapkan tahniah kepada kami. Pengantin baru la katakan! Heheheh… Usai majlis reunion aku diheret ke majlis pernikahan Nini!..Ikutkan hati tak ingin aku pergi majlis tu..buat apa? Buat sakit hati je!

“Kenapa busyuk abang nie diam sangat nie? Nor letih ke?.” Tanya Nazmi sambil menggosok bahu aku.
“Hummm..letih la jugak…abang, boleh tak kita tak yah pegi majlis tu?” Aku memujuk abang Nazmi.
“Humm tapi kenapa sayang?..Nini kan kawan kita. Tak baik buat macam tu.” Balas Nazmi sambil tersenyum. Aku mencebikkan mulut.
“Kalau abang nak pergi jugak, You have to promise that you won’t call me as a Bad Girl dekat depan kawan-kawan lama kita! Janji?.” Aku memberi kata putus. Ternyata reaksi Nazmi sangat berbeza dengan yang aku harap. “Kenapa?..sayang takut ke?.” Tanya Nazmi seraya menjungkitkan keningnya.
“Janji dulu! Kalau tak Lijah tak nak pergi!.’ Aku cuba mendesak dia agar bersetuju dengan syarat tersebut.
“Ok la…abang janji!” Balas Nazmi sambil mencuit hujung hidung ku.

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sesi bergambar bersama pengantin membuatkan aku tidak senang duduk. Ketika aku bangun untuk menyertai mereka, terasa bahu ku seperti dicuit orang.
“Ni Bad Girl kan? Budak perempuan yang bergaduh dengan Nini tu kan?.” Tanya seorang wanita yang agak berusia itu.
“Ye Mak Cik.” Balas aku sambil tersenyum..”Wah..dah besar ye kamu…datang dengan siapa?.” Tanya wanita tersebut. “Datang dengan suami. Tu dia tengah bergambar dengan kawan-kawan dia.” Aku membalas sambil melihat ke arah Nazmi yang tersenyum.

Syed Nazmi segera menghampiri aku dengan beberapa orang kawan lama kami.
“Kenalkan.. My B.A.D lady a.k.a my wife!.” Nazmi tersenyum ketika menyebut bad lady.
Aku membeliakkan bebola mata aku! “Apa nie?..tadi cakap tak nak sebut benda tu! Abang ni penipu la.” Aku menarik muka masam. Nazmi hanya tersenyum simpul…
“Alah…bad kali ni lain maksudnya.” Jawab nazmi sambil memeluk bahu ku.
“Apa maksudnya?.” Tanya aku yang masih merajuk.

“ My Bad And Dashing Lady. Hahahahahahah.” Jawab Nazmi seraya ketawa besar…
“Oh…tapi dashing tu macam pelik je.” Aku segera mencernakan maksud bad lady yang abang Nazmi maksudkan.

“Wey…Bad Girl la tu!..dia dengan Syed Nazmi la.!” Tegur salah seorang kawan kami yang sama kelas masa darjah lima dulu. Yess! I’m a Bad Girl…..tapi nampak gayanya, sampai sudah  aku masih tak boleh nak terangkan maksud “Bad Girl” kerana aku tak pasti perkataan itu merujuk jahat atau nama abah aku Badrul atau merujuk maksud yang abang Nazmi cakap tadi. Hehehehehe….tengah sedap aku berangan seketika..abang Nazmi datang memeluk aku dari belakang. “I just want you to know that you are my Bad Girl one and only….Thanks sayang sudi jadi isteri abang dan bakal ibu kepada anak-anak abang.” Syed Nazmi membisikkannya di telinga aku….

Sungguh kini aku mencintai Syed Nazmi sepenuh hati! Aku harap tiada lagi “Bad Girl” yang lain datang merampas dia dari pelukan aku….

# Akhirnya..cerpen Inor siap jugak!..hehehehe....cubaan pertama yang memang panjang dan agak carca-merba...Maaf kalau tak best...huhuhuhu...

Yang Kompius: Inor

problem nak updete cerpen pertama

penat giler menaip..tapi x boleh update...apakah?