Dia jahat! Sudah acap kali telinga aku mendengar
tuduhan yang sudah sebati dari kecil lagi. Nor Khalijah Bt Ahmad Badrul a.k.a
Bad Girl! Gelaran yang aku dapat semasa aku menuntut di darjah lima. Gara-gara
aku bertumbuk dengan Syed Nazmi, anak Tokey kedai runcit. Bangga wey! Dapat
tumbuk muka budak kerek tu! heheheh… Ayah dia panggil aku Bad girl lepas
peristiwa itu. Tapi waktu tu aku tak sure apa maksud bad girl. Merujuk kepada
budak jahat atau budak Badrul, merujuk nama abah aku. Kuikuikui….. Dua minggu lepas
tu, dia tukar sekolah ke Kedah. Sampai sekarang aku tak tahu apa jadi dengan
dia…
Bagi Nek Som
ibu kepada abah aku, aku hanya sedikit nakal lantaran dibesarkan dalam suasana
dikelilingi sepupu lelaki yang ramai. Kenakalan aku semakin menjadi-jadi bila
aku memasuki usia remaja. Menjadi tradisi keluarga aku bila mendapat cucu
perempuan, kami harus dibesarkan di kampung Nek Som. Segala macam cara
dilakukan Nek Som dalam menjaga semua cucu perempuanya mengikut adat Melayu dan
ajaran agama Islam. Tapi entah silap di mana cucunya yang seorang ini tak
menjadi seperti yang diharap….Hmmm…
Sesi persekolahan akan tamat beberapa hari lagi.
Cuti akhir tahun kali ini tidak semeriah seperti cuti tiga tahun yang lepas.
Masih terngiang-ngiang lagi di mata aku peristiwa yang menyebabkan aku dihantar
belajar ke Kuala Lumpur. Aku bergaduh sakan dengan Nini, cucu Tok Penghulu
gara-gara, dikatakan aku dihantar ke kampung kerana aku dibenci oleh ibu bapa
sendiri…
Sejak dari hari tu, abah hanya bagi aku balik
kampung bila hari raya puasa saja. Rindu Nenek? Jangan Tanya la! Huhuhuhu. Aku
rindu giler dengan nenek. Nasib baik rumah nenek ada telefon, boleh la aku call
nenek. Lagi teruk aku dimasukan ke asrama sekolah. Waktu tu aku terfikir maybe
apa yang Nini cakap tu betul. Mungkin abah malu dengan perangai aku yang nakal
ni…huhuhuh. Nasib baik aku dapat kawan yang baik.. Anna Hilman. Dia roommate
aku kat asrama. Perangai sengal-sengal ubi dia je la yang jadi pengubat duka
aku…
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Lijah, kau buat apa tu?”
“Humm..tengah update status dekat facebook.”
Terbeliak biji mata Anna bila aku cakap macam tu.
Dia segera mengesot menghampiri aku. “Baguih betol. Kau tak buat homeworks ke?”
Tanya Anna sambil membelek buka latihan sejarah aku. Aku dah agak dah.. dia
mesti tanya soalan tu. Aku tak minat Sejarah, tapi abah suruh aku ambil subjek
tu.
“Sudah. Tadi aku dah buat kat kelas” akhirnya aku
membalas soalan Anna.
“Ohh…Kau nie sejak dua menjak nie suka sangat update
status macam nak gaduh dengan orang kan?. Wah…dah la kat dunia nyata kau jadi
bad girl, kat fb pon kau nak jadi bad girl jugak?” tanya Anna lagi bila aku
sibuk menaip di Laptop Acer warna ungu muda hadiah daripada abah sempena hari
lahir aku. “Humm..memey pon..hahahahah!” aku ketawa kecil sambil mengomen di
status kawan facebook aku. Anna
menjelirkan lidahnya kepada aku.
Seusia aku daftar keluar dari Facebook, Anna sudah
tersengguk-sengguk di sebelah aku. Hmm, untung la jadi orang senang tidur.
Letak je kepala terus tidur.
“Anna, bangun la. Jom masuk tidur. Dah rupa macam
orang tengah mabuk dah kau nie, terhuyung hayang ke sana sini.” Aku cuba
kejutkan Anna untuk masuk tidur. Mujur Anna senang terjaga, lalu aku mengajak dia
untuk menunaikan solat Isyak.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Apa? Budak baru tu nama Syed Nazmi?” bagai nak
luruh jantung Khalijah bila menyebut nama tersebut. Terkejut bukan kepalang
apabila abah mengumumkan khabar bahawa Syed Nazmi akan bertugas di A.BAD
Corporation.
Ada lontaran-lontaran kenangan nakal yang mengetuk
kotak ingatannya. Hilang terus seleranya untuk menikmati asam pedas ikan
tonggkol kesukaanya gara-gara khabar berita yang baru disampaikan tadi.
“Ibu, Lijah nak masuk tidur….Lijah rasa macam tak
sihat je..ibu makan la..” Aku cuba mengawal nada suara yang mulai sebak. Ibu
hanya memandang hairan, abah pula tersenyum simpul.
Cahaya dari lampu meja study tepat menyula matanya.
Dia terpana.
“Apa nie..main suluh mata-mata orang! Laser tu bahaya..apa yang tak reti
sangat!!”
“Alah..laser mainan je pon..tak yah la kecoh-kecoh. Hahahahah”
“Geramnya aku!..jangan sampai aku tumbuk muka kau”
“Tumbuk la kalau berani werkkkk!”
“Nak hambik kau..dushhhhhh!” Satu tumbukan hinggap di muka Syed Nazmi. Berdarah
mulutnya.
“Khalijah apa yang kamu buat ni? Kamu
tumbuk muka orang? Apa nak jadi dengan kamu ni?
kamu nak jadi kaki pukul ye?”
“Tapi…..tapi dia yang cari pasal dengan
saya, cikgu. Dia…”
“Dah pandai melawan pula sekarang.”
Zap! Rotan itu mencalar telapak tangan yang lembut.
“Kamu ni Bad Girl betul! Uncle tak sangka kamu macam ni!”
Dingin malam berkitar, hingga tiba-tiba kenangan silam berputar. Khalijah
memadamkan lampu. Dia tahu, semua itu tidak akan mampu memadamkan kerlipan
memori yang melekap di dinding hati. Peristiwa dia dirotan kerana menumbuk muka Syed Nazmi masih segar
lagi.
Jangan harap la kau boleh senang kat ofis tu.
Pertama kali mata mereka bertembung, Khalijah
merasakan seperti ada bunyi sorot ejekan di celah mata Syed Nazmi. Mereka
dipertemukan di bilik abahnya -
Dato’Ahmad Badrul. Syed Nazmi tersenyum. Hati Khalijah berbara, agak panas.
Entah, dirinya rasa tersindir.
“Uncle perkenalkan… Nor Khalijah a.k.a anak Uncle,
Naib CEO di A.BAD Corporation.
Khalijah hanya mengangguk ringkas. Dia
hairan kenapa abah bahasakan dirinya “Uncle” sedangkan Syed nazmi hanya pekerja
biasa.
“Maafkan saya Uncle. Dia classmates saya dulu. Memang saya kenal dengar Nor.”
Sekilas, Syed Nazmi menjeling Khalijah sambil tersenyum…
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa aku nak buat dengan dia nie…sebab dia la…dia…aku
kena rotan dengan cikgu!
tapi dia boleh tahan sekarang…tak macam dulu dah…hehehehehe…
Lijah..wake up! Jangan biarkan wajah dia ganggu kau….hutang darah dibayar
darah!..Eh..hutang rotan dibayar rotan.! Hahahahahah….kau tunggu la…Kau kata
aku Bad Girl ye…hah..nanti la..aku gasak kau cukup-cukup!
Misi pertama – pancitkan tayar kereta dia.
Jam menandakan pukul enam petang, waktu yang sesuai untuk khalijah menjalankan
misi pertamanya. Dia sengaja melalui lorang laluan ke bilik Syed Nazmi untuk
pastikan dia masih belum pulang. Ternyata Syed Nazmi masih tekun menyiapkan
kerja. “Eleh!..nak bodek abah aku la tu..aku tak terharu pon..hahahahah.”
Khalijah segera menuju ke lot parking yang menempatkan kereta mamat kerek tu
.
“Kihihkih..buruknya kereta dia…hahahahah.” Khalijah ketawa sambil menekan perutnya
yang sakit dek terlalu banyak ketawa. “Muka kemain kacak..tapi..kereta kancil
je?” Heheheheh…..Kancil pon kancil la…janji kereta. Dia segera menabur beberapa
batang paku di bawah tayar kereta tersebut…dengan harapan tayar tersebut akan
pancit kemudian dia akan berpura-pura menawarkan bantuan. Lalu dia bergerak ke
keretanya untuk melihat misinya berjaya atau sebaliknya. Seketika kemudian,
kelibat Syed nazmi muncul di tepi kereta kancilnya. Tanpa mengesyaki
apa-apa..dia segera menghidupkan enjin lalu perlahan-lahan mengundur ke
belakang. Pommmm! Bunyi tayar meletup. Khalijah yang menyaksikan kejadian itu
ketawa berdekah-dekah. Syed Nazmi sempat mengurut dada.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
"Nor...awak
dah melampau....". Syed Nazmi berbisik di telinga Nor khalijah...
"Oh really?....bangganya!...hahahahahah....esok nak buat lagi!".
Balas Nor Khalijah sambil menjelingkan matanya yang bulat itu...
“By the way,…awak tahu mana saya yang buat benda ni?” soal Khalijah sambil
tersenyum.Hehehehe
“Saya tahu awak yang buat..awak nak balas dendam dekat saya” Sayu suara Syed
Nazmi menjawab pertanyaan Khalijah…
“Yup!..heheheheh..kereta pancit ye bang?” Balas
Khalijah dengan nada mengejek. Puas hati aku!. Hehehehe…amik kau…tu baru bad
girl!...Hummm..misi pertama siap.
Tapi kenapa aku rasa bersalah sangat. Takkan aku syok kat dia kot? Hummm…ni
kalau abah tahu..kompom aku kena basuh cukup-cukup. Huhuhu…
Seperti yang aku jangka. Abah marah benar dekat aku!
Dia siap brainwash aku dari pagi hingga ke malam…
Nak dijadikan cerita, aku kena uruskan projek baru dengan Syed Nazmi. Mula-mula
aku tolak tapi bila abah cakap yang projek tu adalah hukuman untuk aku kerana
bagi pancit tayar kereta mamat keret tu!..Geram betul aku dengan dia nih.!
------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Apa? Abah nak Lijah bertunang dengan Nazmi?.” Aku
terkedu bila abah kasi tahu yang Nazmi nak bertunang dngan aku. Dah gila
agaknya dia ni.
“Yup! Dia akan hantar rombongan meminang hujung tahun ni. Lijah Cakap dengan
nenek sama, sebab majlis tu akan diadakan di rumah nenek.” Bicara abah
mengakhiri perbualan di telefon.
Bala apakah ini? Peristiwa tayar tiga bulan lepas
merupakan detik paling manis buat aku..walau aku mula sukakan dia..tapi
bertunang dengan dia, buat aku tak keruan! Aku malu sebenarnya..sebab buat
perangai depan dia.Hehehe…
Tapi aku tak bertepuk sebelah
tangan..Nazmi pon sukakan aku..lepas aku tumbuk muka dia dulu..dia dah mula
sukakan aku!..peliknyer!
Tapi sampai bertunang bagai ni yang tak best nih…dia still musuh aku…
Ibu gembira sangat bila majlis pertunangan tu
berjalan dengan lancar. Tapi aku? Hanya tuhan yang tahu apa yang aku rasa. Aku
tak pasti bila aku mula jatuh hati kat mamat nih…tapi yang penting..aku dah
sayang dia separuh nyawa! Cewah!....kemain ayat!
Nenek pon tak sangka yang Syed Nazmi akan meminang
aku! Dia cakap cuti kali sangat bermakna bagi dia…terharu aku. Macam-macam
nenek pesan dekat aku, siap bagi tips nak jadi isteri yang baik depan
suami…hehehehe.
Petua orang lama kot! Kompom bagus ni. Tinggal lagi beberapa bulan je untuk aku
bergelar isteri orang. Sungguh aku tak percaya! Syed Nazmi kini jauh berbeza dengan
yang dulu.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Lijah kau kena datang tau! Kami dah plan nak buat
majlis reunion untuk kelas kita masa form 5 dulu.” Bicara Anna dalam telefon.
“Ok! Tapi kena bawak teman ke?” aku bertanya soalan yang aku sendiri tahu
jawapannya.
“Eh mesti la! Bawak je suami kau tu. Boleh kami kenal.” Jawab Anna mengakhiri
perbualan.
“Abang, Anna ajak kita pegi majlis reunion sekolah
menengah. Abang nak ikut tak?.” Tanya aku sambil menghirup jus oren dari kotak
minuman.
“Humm, boleh jugak tapi lepas tu kita pegi majlis pernikahan kawan lama kita
waktu sekolah rendah nak?.” Balas Syed Nazmi sambil melipat surat khabar yang
sudah dibaca. Aku kehairanan. Siapa pulak?.... “Sapa bang?”
“Nini cucu tok penghulu.” Balas abang Nazmi. “Nini?..sebab dia la Lijah kena
belajar kat KL.” Aku bercakap dalam nada geram. “Eh salah sendiri nak tuduh
orang lain pulak.” Bidas Nazmi sambil tersenyum.
Majlis reunion berlangsung dengan meriah sekali!
Abang Nazmi menjadi tumpuan di majlis itu. Ramai sahabat yang mengucapkan
tahniah kepada kami. Pengantin baru la katakan! Heheheh… Usai majlis reunion
aku diheret ke majlis pernikahan Nini!..Ikutkan hati tak ingin aku pergi majlis
tu..buat apa? Buat sakit hati je!
“Kenapa busyuk abang nie diam sangat nie? Nor letih
ke?.” Tanya Nazmi sambil menggosok bahu aku.
“Hummm..letih la jugak…abang, boleh tak kita tak yah pegi majlis tu?” Aku
memujuk abang Nazmi.
“Humm tapi kenapa sayang?..Nini kan kawan kita. Tak baik buat macam tu.” Balas
Nazmi sambil tersenyum. Aku mencebikkan mulut.
“Kalau abang nak pergi jugak, You have to promise that you won’t call me as a
Bad Girl dekat depan kawan-kawan lama kita! Janji?.” Aku memberi kata putus.
Ternyata reaksi Nazmi sangat berbeza dengan yang aku harap. “Kenapa?..sayang
takut ke?.” Tanya Nazmi seraya menjungkitkan keningnya.
“Janji dulu! Kalau tak Lijah tak nak pergi!.’ Aku cuba mendesak dia agar
bersetuju dengan syarat tersebut.
“Ok la…abang janji!” Balas Nazmi sambil mencuit hujung hidung ku.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sesi bergambar bersama pengantin membuatkan aku
tidak senang duduk. Ketika aku bangun untuk menyertai mereka, terasa bahu ku seperti
dicuit orang.
“Ni Bad Girl kan? Budak perempuan yang bergaduh dengan Nini tu kan?.” Tanya
seorang wanita yang agak berusia itu.
“Ye Mak Cik.” Balas aku sambil tersenyum..”Wah..dah besar ye kamu…datang dengan
siapa?.” Tanya wanita tersebut. “Datang dengan suami. Tu dia tengah bergambar
dengan kawan-kawan dia.” Aku membalas sambil melihat ke arah Nazmi yang
tersenyum.
Syed Nazmi segera menghampiri aku dengan beberapa
orang kawan lama kami.
“Kenalkan.. My B.A.D lady a.k.a my wife!.” Nazmi tersenyum ketika menyebut bad
lady.
Aku membeliakkan bebola mata aku! “Apa nie?..tadi cakap tak nak sebut benda tu!
Abang ni penipu la.” Aku menarik muka masam. Nazmi hanya tersenyum simpul…
“Alah…bad kali ni lain maksudnya.” Jawab nazmi sambil memeluk bahu ku.
“Apa maksudnya?.” Tanya aku yang masih merajuk.
“ My Bad And Dashing Lady. Hahahahahahah.” Jawab
Nazmi seraya ketawa besar…
“Oh…tapi dashing tu macam pelik je.” Aku segera mencernakan maksud bad lady
yang abang Nazmi maksudkan.
“Wey…Bad Girl la tu!..dia dengan Syed Nazmi la.!”
Tegur salah seorang kawan kami yang sama kelas masa darjah lima dulu. Yess! I’m
a Bad Girl…..tapi nampak gayanya, sampai sudah aku masih tak boleh nak terangkan maksud “Bad
Girl” kerana aku tak pasti perkataan itu merujuk jahat atau nama abah aku
Badrul atau merujuk maksud yang abang Nazmi cakap tadi. Hehehehehe….tengah
sedap aku berangan seketika..abang Nazmi datang memeluk aku dari belakang. “I
just want you to know that you are my Bad Girl one and only….Thanks sayang sudi
jadi isteri abang dan bakal ibu kepada anak-anak abang.” Syed Nazmi
membisikkannya di telinga aku….
Sungguh kini aku
mencintai Syed Nazmi sepenuh hati! Aku harap tiada lagi “Bad Girl” yang lain
datang merampas dia dari pelukan aku….
# Akhirnya..cerpen Inor siap jugak!..hehehehe....cubaan pertama yang memang panjang dan agak carca-merba...Maaf kalau tak best...huhuhuhu...
Yang Kompius: Inor